Monday, August 12, 2013

15 SEBAB MENGAPA ANDA PATUT MENYERTAI SKIM TAKAFUL

15 SEBAB MENGAPA ANDA PATUT MENYERTAI SKIM TAKAFUL

Assalamualaikum Tuan-tuan dan Puan-puan,
15 SEBAB MENGAPA PATUT MENYERTAI SKIM TAKAFUL
1. Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan Waktu Istimewa
Pelan yang berbentuk Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan berasaskan umur, jantina, dan tempoh matang. Jika berlaku kematian atau hilang upaya seumur hidup, manfaat yang akan dibayar adalah berasaskan jumlah perlindungan. Jika tiada musibah yang berlaku sepanjang tempoh matang, akaun terkumpul dan keuntungan daripada simpanan terkumpul akan dipulangkan kepada peserta.
2. Jaminan Perlindungan Masa Depan Ahli Keluarga
Menawarkan pakej perlindungan setiap individu dan isi keluarga iaitu bapa, ibu dan anak-anak.
 3. Perancangan Pendidikan Anak-anak ke IPTA/S
Tabungan perancangan pendidikan sambil membuat perlindungan anak bermula umur 14 hari hinggalah 21 tahun. Selepas umur 21 tahun (tempoh umur matang), boleh keluarkan tabungan terkumpul dalam akaun peserta untuk membiayai kos pendidikan ke universiti atau kolej.
4. Jaminan Menunaikan Fardhu Haji
Melalui produk Takafulink Hajj, sumbangan anda akan memenuhi keperluan dan manfaat ke arah menunaikan fardhu haji selewat-lewatnya 10 tahun akan datang.
5. Perlindungan untuk Penyakit Kritikal
Pihak Takaful akan membantu dari segi pembiayaan kos rawatan perubatan terhadap penyakit kritikal seperti barah payu dara setelah disahkan oleh doktor dalam tempoh 6 bulan.
6. Mendapat Manfaat Elaun Hospital
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 2 hari 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari yang didiscashkan.
7. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah
Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

8. Pengharaman Insurans Konvensional Menurut Fatwa Kebangsaan
Semasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut “Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful”.
9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Takaful Nasional pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan ‘penghijrahan’ daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).
10. Bersih Zakat
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Takaful Ikhlas  telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.
11. Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Takaful akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.
 12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah adil pada semua pihak (win-win situation).
13. Amal Jariah (Tabbaru’at)
Falsafah Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru’ (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.
14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, MAA Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.
15. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat
Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya.
Dengan menyertai pekej skim Takaful Nasional pada hari ini juga dan membuat sumbangan setiap bulan, anda sememangnya berhak dan dijamin mendapat kesemua 15 manfaat di atas (15 dalam 1).
Firman Allah SWT:“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah, (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan ALLAH Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana”. (Al-Baqarah: 240)
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta…” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dan ketika itu anda tiada WANG
Periksa Akaun Simpanan, berapa wang yang ANDA ada ?
SEKIRANYA TIDAK mencukupi ?
Minta pertolongan kedua orang tua kita.
SEKIRANYA MASIH TIDAK mencukupi ?
Minta Bantuan dari abang dan Kakak Kita.
Mereka pun sama macam kita – tak ada ?
Minta Bantuan dari Saudara mara.
Berapa banyak mereka boleh bantu anda.
Minta bantuan rakan rakan.
Bolehkah mereka banyak menolong ?
Akhirnya Minta Bantuan Orang Ramai.
Jabatan Kebajikan.
 Sekiranya anda menemui doktor, Kita Dikenakan Bayaran :
Bil – RM16-50.
Sudah tentu kita masih mampu.
Bil – RM500-1000?
Kita boleh mengambil dari wang simpaan kita.
Bil – RM20,000 hingga RM100,000.???
Langkah terakhir adalah meminta bantuan dari orang ramai.
Adakah kita akan mengambil langkah terakhir ini ???
Bil Hospital Adalah Sangat Mahal
Apabila seseorang dimasukkan ke hospital samada kerana sakit atau kemalangan,Anda dikehendaki untuk membayar wang Pendahuluan sebelum mendapat rawatan.
Selepas itu pula, Anda dikehendaki menjelaskan bayaran perubatan dan Bil Hospital Selepas dibenarkan keluar dari hospital.
Bil hospital adalah sangat tinggi yang mana Anda boleh membayar dengan :
Kad Kredit.
Hasil Pendapatan Tunai.
Duit Simpaan.
Meminjam.
Memajakkan barang kemas.
Mencagarkan Rumah.
Menjual Kereta.
KELUARGA ANDA
Semua KELUARGA perlukan Keperluan Asas
Sekiranya anda tidak mendapat gaji untuk Bulan Ini ATAU Bulan Hadapan ATAU untuk beberapa bulan. Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan.
(Fikirkan Isteri dan Anak anak Tanpa ANDA)
“Semua perlindngan takaful adalah baik sekiranya anda bersedia MENTAKAFULKAN Pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful”
Tanyakan Pada Diri Anda :-
Apakah yang anda fikirkan sekiranya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil?
Bagaimana pula keadaan sekiranya dia tinggal di rumah dan mengharapkan / membiarkan isteri dan anak anaknya untuk menjaganya
Kemungkinan ianya ANDA, Keluarga ANDA atau KITA???
Permintaan dan Pendapatan Wang Tunai.
Sekiranya keluarga anda tinggal di tingkat 2 apartment dan terperangkap dalam kebakaran.
Mereka SUDAH TENTU akan menuruni tangga.
Bagaimana Sekiranya Tangga tersebut juga telah terbakar ?.
Mereka TERPAKSA terjun dan tentunya mempunyai risiko yang tinggi serta akan mendapat kecederaan yang berat.

SAMALAH dengan kehidupan bahagia kita hari ini dengan PENDAPATAN yang diberikan kepada mereka tetapi sekiranya Kehidupan ini terhenti MAKA pendapatan juga terhenti. Tentunya terdapat kejatuhan mendadak dari segi pendapatan.
Sekiranya keluarga anda terjun dari tempat yang tinggi, mereka akan tercedera TETAPI sekiranya anda telah meyediakan tangganya. Mereka akan turun dengan tenang tanpa mendapat kecederaan.
Rancangkan “sedikit wang” (5% – 10% dari pendapatan anda) untuk kehidupan keluarga dan anak anak kita.
“SAMA BERLINDUNG, SAMA BERUNTUNG” dan “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ”
[……………Pertanyaan dan maklum-balas daripada anda amat dialu-alukan……….…]

HUBUNGI SAYA/SMS/E-MEL:-
HJ. BADARUDDIN BIN SELAMAT-0129267377
WAKIL TAKAFUL IKHLAS
Email : selamatbadaruddin48@gmail.com …….
Sumber: http:// penerajukeimanan.blogspot.com


No comments:

Post a Comment