Tuesday, August 13, 2013

Produk Takaful Ikhlas-IKHLAS SAVING TAKAFUL -TERBAIK UNTUK ANDA


IKHLAS  SAVINGS TAKAFUL   Produk IST


" HIDUP , PENUH DENGAN KETIDAKTENTUAN,
  JADI, RANCANGLAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN  
  BIJAK DALAM SUASANA YANG TIDAK MENENTU "

Pengenalan
IKHLAS  SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.

Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful?

Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:

•Tahap perlindungan bertempoh
• Akaun Pelaburan


IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :
MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH
Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.

Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.


MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.


JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.



Mengapa IKHLAS Saving Takaful?
PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.


PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.


PILIHAN RIDER TAMBAHAN
Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.


PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta.



(sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).
Hj Badaruddin Bin Selamat HP:0129267377 
Email: selamatbadaruddin48@gmail.com

Blog: http//:penerajukeimanan.blogspot.com

ADAKAH ANDA BERSEDIA? MARILAH KITA MENGUKUHKAN EKONOMI MELALUI TAKAFUL IKHLAS


ADAKAH ANDA BERSEDIA?

3 perangkap besar dalam hidup:

1.Ajal di usia muda
Masalah:  -     
hutang tertunggak jadi bebanan orang lain sumber pendapatan utama keluarga kini terjejas masa depan anak-anak juga mungkin terjejas keluarga terpaksa bertungkus-lumus meneruskan kehidupan dan banyak lagi…..

2.Penyakit kritikal / hilang upaya kekal
Masalah:  -      
bil rawatan sangat tinggi,
bil perubatan berterusan sekiranya masih hidup,
tiada lagi pendapatan tetap kerana tidak berupaya bekerja
tidak dapat memberi nafkah keluarga malah menjadi beban kepada mereka
dan banyak lagi…..

3. Hidup terlalu lama
Masalah:  -      
Wang simpanan persaraan tidak mencukupi
Kos kehidupan semakin tinggi
tiada lagi pendapatan selepas bersara
kurang keupayaan bekerja semula
belanja perubatan semakin diperlukan
sakit semakin mendatang dan memerlukan wang
dan banyak lagi…..
Tiada sesiapa yang dapat menolak takdir , tetapi kita sentiasa mampu  bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

KAEDAH PENYELESAIAN
Pelan Takaful Keluarga dari Takaful Ikhlas
Ciri-ciri:



  1. Pelan 4 dalam 1 (perlindungan takaful + kad perubatan + pelaburan+ Simpanan ) atau Milennium Takaful.
  2. Pelan lengkap untuk menyelesaikan sebahagian besar masalah di atas.
  3. sumbangan serendah RM 1.70 sehari bagi kanak kanak atau RM3.33 sehari bagi dewasa
  4. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang insuran/takaful,

SILA HUBUNGI PERUNDING KEWANGAN ANDA UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

HJ BADARUDDIN BIN SELAMAT , PJK
HP: +0136109786

Blog : http//:penerajukeimanan.blogspot.com

APA ITU TAKAFUL? SATU PENJELASAN RENGKAS.



Makna Takaful
Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
Bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,

"Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Tujuan Takaful
Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta memperolehi manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

Menjaga kebajikan sosial
Mewujudkan keharmonian sosial
Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana, 
"The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri - Ciri Takaful

1. Tiada unsur riba'
2. Tiada unsur gharar (ketidakpastian)
3. Tiada unsur maisir (judi)
4. Ada tabarru' (derma ikhlas)
5. Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)
6. Akad yang dipersetujui.

Konsep Tabarru'
Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu.
Takaful Ikhlas berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.

Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jual beli seperti insurans.

Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Ikhlas bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.

Konsep Al Mudharabah

Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.

Mudharabah bermaksud perkongsian keuntungan
Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang. 

Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
Mudharabah dibenarkan oleh agama

Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.
Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum Syariah

Untuk keterangan lanjut mengenai Takaful:
Hubungi  Perunding Perancang Kewangan  Takaful anda:
Hj. Badaruddin Bin selamat (Takaful Ikhlas Sdn Bhd)
HP: 0129267377

Blog: Http//:penerajukeimanan.blogspot.com

Monday, August 12, 2013

15 SEBAB MENGAPA ANDA PATUT MENYERTAI SKIM TAKAFUL

15 SEBAB MENGAPA ANDA PATUT MENYERTAI SKIM TAKAFUL

Assalamualaikum Tuan-tuan dan Puan-puan,
15 SEBAB MENGAPA PATUT MENYERTAI SKIM TAKAFUL
1. Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan Waktu Istimewa
Pelan yang berbentuk Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan berasaskan umur, jantina, dan tempoh matang. Jika berlaku kematian atau hilang upaya seumur hidup, manfaat yang akan dibayar adalah berasaskan jumlah perlindungan. Jika tiada musibah yang berlaku sepanjang tempoh matang, akaun terkumpul dan keuntungan daripada simpanan terkumpul akan dipulangkan kepada peserta.
2. Jaminan Perlindungan Masa Depan Ahli Keluarga
Menawarkan pakej perlindungan setiap individu dan isi keluarga iaitu bapa, ibu dan anak-anak.
 3. Perancangan Pendidikan Anak-anak ke IPTA/S
Tabungan perancangan pendidikan sambil membuat perlindungan anak bermula umur 14 hari hinggalah 21 tahun. Selepas umur 21 tahun (tempoh umur matang), boleh keluarkan tabungan terkumpul dalam akaun peserta untuk membiayai kos pendidikan ke universiti atau kolej.
4. Jaminan Menunaikan Fardhu Haji
Melalui produk Takafulink Hajj, sumbangan anda akan memenuhi keperluan dan manfaat ke arah menunaikan fardhu haji selewat-lewatnya 10 tahun akan datang.
5. Perlindungan untuk Penyakit Kritikal
Pihak Takaful akan membantu dari segi pembiayaan kos rawatan perubatan terhadap penyakit kritikal seperti barah payu dara setelah disahkan oleh doktor dalam tempoh 6 bulan.
6. Mendapat Manfaat Elaun Hospital
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 2 hari 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari yang didiscashkan.
7. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah
Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

8. Pengharaman Insurans Konvensional Menurut Fatwa Kebangsaan
Semasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut “Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful”.
9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Takaful Nasional pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan ‘penghijrahan’ daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).
10. Bersih Zakat
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Takaful Ikhlas  telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.
11. Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Takaful akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.
 12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah adil pada semua pihak (win-win situation).
13. Amal Jariah (Tabbaru’at)
Falsafah Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru’ (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.
14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, MAA Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.
15. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat
Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya.
Dengan menyertai pekej skim Takaful Nasional pada hari ini juga dan membuat sumbangan setiap bulan, anda sememangnya berhak dan dijamin mendapat kesemua 15 manfaat di atas (15 dalam 1).
Firman Allah SWT:“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah, (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan ALLAH Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana”. (Al-Baqarah: 240)
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta…” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dan ketika itu anda tiada WANG
Periksa Akaun Simpanan, berapa wang yang ANDA ada ?
SEKIRANYA TIDAK mencukupi ?
Minta pertolongan kedua orang tua kita.
SEKIRANYA MASIH TIDAK mencukupi ?
Minta Bantuan dari abang dan Kakak Kita.
Mereka pun sama macam kita – tak ada ?
Minta Bantuan dari Saudara mara.
Berapa banyak mereka boleh bantu anda.
Minta bantuan rakan rakan.
Bolehkah mereka banyak menolong ?
Akhirnya Minta Bantuan Orang Ramai.
Jabatan Kebajikan.
 Sekiranya anda menemui doktor, Kita Dikenakan Bayaran :
Bil – RM16-50.
Sudah tentu kita masih mampu.
Bil – RM500-1000?
Kita boleh mengambil dari wang simpaan kita.
Bil – RM20,000 hingga RM100,000.???
Langkah terakhir adalah meminta bantuan dari orang ramai.
Adakah kita akan mengambil langkah terakhir ini ???
Bil Hospital Adalah Sangat Mahal
Apabila seseorang dimasukkan ke hospital samada kerana sakit atau kemalangan,Anda dikehendaki untuk membayar wang Pendahuluan sebelum mendapat rawatan.
Selepas itu pula, Anda dikehendaki menjelaskan bayaran perubatan dan Bil Hospital Selepas dibenarkan keluar dari hospital.
Bil hospital adalah sangat tinggi yang mana Anda boleh membayar dengan :
Kad Kredit.
Hasil Pendapatan Tunai.
Duit Simpaan.
Meminjam.
Memajakkan barang kemas.
Mencagarkan Rumah.
Menjual Kereta.
KELUARGA ANDA
Semua KELUARGA perlukan Keperluan Asas
Sekiranya anda tidak mendapat gaji untuk Bulan Ini ATAU Bulan Hadapan ATAU untuk beberapa bulan. Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan.
(Fikirkan Isteri dan Anak anak Tanpa ANDA)
“Semua perlindngan takaful adalah baik sekiranya anda bersedia MENTAKAFULKAN Pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful”
Tanyakan Pada Diri Anda :-
Apakah yang anda fikirkan sekiranya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil?
Bagaimana pula keadaan sekiranya dia tinggal di rumah dan mengharapkan / membiarkan isteri dan anak anaknya untuk menjaganya
Kemungkinan ianya ANDA, Keluarga ANDA atau KITA???
Permintaan dan Pendapatan Wang Tunai.
Sekiranya keluarga anda tinggal di tingkat 2 apartment dan terperangkap dalam kebakaran.
Mereka SUDAH TENTU akan menuruni tangga.
Bagaimana Sekiranya Tangga tersebut juga telah terbakar ?.
Mereka TERPAKSA terjun dan tentunya mempunyai risiko yang tinggi serta akan mendapat kecederaan yang berat.

SAMALAH dengan kehidupan bahagia kita hari ini dengan PENDAPATAN yang diberikan kepada mereka tetapi sekiranya Kehidupan ini terhenti MAKA pendapatan juga terhenti. Tentunya terdapat kejatuhan mendadak dari segi pendapatan.
Sekiranya keluarga anda terjun dari tempat yang tinggi, mereka akan tercedera TETAPI sekiranya anda telah meyediakan tangganya. Mereka akan turun dengan tenang tanpa mendapat kecederaan.
Rancangkan “sedikit wang” (5% – 10% dari pendapatan anda) untuk kehidupan keluarga dan anak anak kita.
“SAMA BERLINDUNG, SAMA BERUNTUNG” dan “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ”
[……………Pertanyaan dan maklum-balas daripada anda amat dialu-alukan……….…]

HUBUNGI SAYA/SMS/E-MEL:-
HJ. BADARUDDIN BIN SELAMAT-0129267377
WAKIL TAKAFUL IKHLAS
Email : selamatbadaruddin48@gmail.com …….
Sumber: http:// penerajukeimanan.blogspot.com


MILIKI KAD IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFIL (IMAT0 SEKARANG





KELEBIHAN :

ü     Tiada fasal penyakit khusus dibawah pelan ini.
ü     Pelan yang menawarkan sumbangan terendah di dalam industri insurans / takaful.
ü     Perlindungan 24 jam meliputi seluruh dunia, 7 hari seminggu.
ü     Pampasan perlindungan yang tiada had hilang upaya.
ü     Menyediakan rawatan perbelanjaan tradisional.
ü     Menyediakan perbelanjaan tempat tinggal.
ü     Peserta tidak dibebankan dengan (co-payment takaful).


MENGAPA IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL?


Tiada Ko-Takaful

Berbanding dengan kad-kad perubatan lain di Malaysia, IMAT tidak membebankan anda dengan bebanan bayaran ko-takaful (pembayaran ditanggung bersama oleh peserta) sekiranya anda menggunakan manfaat yang ada pada kad anda. Ini menjadikan IMAT sebagai satu-satunya Medical Card Takaful yang tiada Ko-Takaful.

Kad Bantuan Kemasukan Hospital (HA)
Bagi panel hospital yang diluluskan untuk kemudahan tuntutan.

Perlindungan Komprehensif

Perlindungan ini memberi rawatan yang diperlukan yang akan dibayar mengikut caj yang berpatutan dan diterima umum di lokasi di mana anda menerima rawatan.

Jaminan Pembaharuan Sehingga Umur 80 Tahun

Sijil diperbaharui di atas keputusan peserta. Pihak Takaful IKHLAS tidak boleh menolak pembaharuan sijil dan tidak boleh menambah pengecualian di dalam sijil pada masa pembaharuan. Akan tetapi, sijil ini boleh ditarik balik dari pasaran mengikut Syarat Penarik Balik Portfolio.

Tiada Had Tuntutan Setiap Hilang Upaya

Selain daripada Had Tahunan Keseluruhan dan Had Jangka Hayat, tiada had lain yang dikenakan ke atas jumlah tuntutan untuk setiap hilang upaya.

Kadar Sumbangan Uniseks

Sumbangan takaful dikira mengikut umur dan tidak ada perbezaan di antara sumbangan untuk lelaki dan wanita.

Sumbangan Yang Dikenakan

Permohonan adalah berdasarkan umur pada harijadi akan datang dan dicarum setiap tahun pada kadar yang ditentukan semasa pembaharuan. Sumbangan tambahan dicaj kepada orang yang kurang sihat. Sumbangan tidak dijamin dan tertakluk kepada perubahan serta dipantau sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Permohonan Yang Mudah

Permohonan adalah sangat mudah. Sesiapa yang berumur di antara 19-60 layak memohon. Sijil ini boleh dilanjut kepada anak-anak tanggungan anda yang berumur dari 30 hari hingga 19 tahun (sehingga umur 23 tahun jika belajar sepenuh masa)


Untuk keterangan dan penjelasan lebih terperinci sila
hubungi Perunding Kewangan Takaful anda di talian/Email:

HJ. BADARUDDIN BIN SELAMAT
 Hp: 0136109786
Email: selamatbadaruddin48@gmail.com


KELEBIHAN PERLINDUNGAN TAKAFUL BERBANDING INSURAN





KELEBIHAN PERLINDUNGAN TAKAFUL BERBANDING INSURAN
Hj Badaruddin Selamat –12.8.13

Kelahiran banyak penyedia Sistem Kewangan Islam sejak kebelakangan ini memberi nafas baru kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada umat Islam untuk menikmati sistem yang berteraskan wahyu yang telah lama diidamkan.

Inisiatif pihak Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan lesen-lesen penubuhan Perbankan Islam dan Takaful kepada beberapa institusi kewangan yang layak seharusnya dipuji dan dihargai kerana ia telah memudahkan masyarakat membuat pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan yang adil, telus dan efisien.

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi 'Amru Jarir bin Abdullah r.a. yang memuji tindakan sedemikian rupa di mana mafhumnya berbunyi: Barang siapa yang menunjukkan (mempermudahkan sesuatu urusan) perkara kebaikan, maka baginya pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya selepas itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya. (riwayat Muslim)
Jika sebelum ini, umat Islam tidak mempunyai pilihan malah terpaksa menerima sistem yang bercampur-baur dengan sistem yang tidak senada dengan Islam.
Keadaan ini mewujudkan kegelisahan dan rasa tidak selesa di kalangan umat Islam. Namun kini, alhamdulillah, kemunculan Sistem Kewangan Islam dengan pelbagai inovasi seolah-olah menjadi 'penyelamat' kepada umat manusia daripada terus-menerus dibelenggu oleh sistem yang hanya meletakkan keuntungan duniawi semata-mata.
Malangnya, ada juga sesetengah pihak yang masih berat hati untuk turut serta menyokong dan melibatkan diri dalam memajukan sistem Islam ini dengan mencipta seribu satu alasan.
Malah, ada juga suatu golongan yang cuba untuk memburukkan imej Sistem Kewangan Islam ini dengan cubaan-cubaan halus bagi melumpuhkan usaha murni ini.

Kepada golongan tersebut, diperingatkan satu firman Allah yang bermaksud: 

Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. ( Surah Ibrahim: Ayat 3)

Sebagaimana yang dimaklumi, institusi Takaful sebagai contohnya, adalah merupakan Institusi Perlindungan (Insurans) yang berteraskan prinsip Islam.
Institusi ini selayaknya disokong dengan bersungguh-sungguh kerana ia merupakan suatu sistem yang menjamin keadilan dan kesejahteraan kepada ummah.

Perlindungan menerusi sistem takaful mempunyai kelebihan yang tidak boleh disangkal lagi berbanding dengan sistem perlindungan konvensional. Di bawah sistem perlindungan takaful para peserta yang menyertai mana-mana-mana pelan perlindungan diprogramkan untuk sama-sama mempraktikkan konsep tolong-menolong yang diredai Allah untuk sama-sama meringankan beban rakan-rakan mereka yang berada di dalam kesusahan.

Semangat ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, tidak sombong malah mereka akan sentiasa prihatin kepada persekitaran mereka.

Islam sangat menggalakkan umatnya agar tolong menolong dalam perkara kebaikan seperti yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam ayat 2 surah al-Maidah, maksudnya:  hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan

Sistem takaful juga bebas dari unsur-unsur gharar (syubhat), riba dan juga maisir (judi). Tiadanya unsur gharar secara mudahnya memberi maksud bahawa sistem takaful adalah satu sistem yang telus , tidak menyembunyikan fakta dan tidak mengamalkan seperti pepatah Melayu "ada udang di sebalik batu".
Di antara nilai negatif di sebalik unsur riba adalah mengambil kesempatan, menindas golongan yang dalam kesusahan dan mengeksploitasi untuk kepentingan sendiri. Oleh itu, tidak hairan apabila kita melihat pengamal sistem yang berteraskan riba ini mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri, sanggup menindas orang lain , sentiasa mencari jalan untuk mengumpulkan kekayaan sendiri dan lebih dahsyat lagi tiada perasaan belas kasihan dalam diri mereka.

Hal ini sebaliknya berlaku, dalam sistem Takaful yang tidak mengamalkan riba, nilai-nilai tanggungjawab bersama, tolong menolong dan menjaga kemaslahatan umum menjadi keutamaan.

Begitu juga dengan unsur maisir. Unsur ini menjadikan pengamalnya tamak dan rakus tanpa memikirkan hak dan kepentingan orang lain. Sistem Takaful yang tiada unsur ini sebaliknya mementingkan semangat persaudaraan dan kepentingan bersama sebagai satu teras yang menunjangi aktivitinya.
Menerusi sistem Takaful seseorang peserta itu juga dapat melakukan amalan yang sangat terpuji dalam Islam iaitu dapat menunaikan tanggungjawab sosialnya menerusi amalan tabarru' (derma).

Dalam sistem takaful setiap peserta akan memperuntukkan sebahagian atau semua daripada sumbangannya untuk didermakan bagi membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah.

Derma dalam sistem takaful ini adalah derma kelas pertama. Ini kerana menerusi sistem ini seseorang peserta dapat melakukan derma dengan ikhlas sebagaimana derma yang dituntut oleh Islam.

Ia seperti yang digambarkan dalam sabda baginda daripada Abi Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w baginda bersabda,:
 Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada sebarang naungan melainkan naungan Allah, pemimpin yang adil, pemuda yang hidup dalam ibadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang berkedudukan dan cantik lalu dia berkata sesungguhnya aku takut kepada Allaah dan seorang lelaki yang melakukan sedekah secara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang mengingati Allah secara bersendirian lalu bergelinangan air matanya. (Muttafaqun 'alaih)
Namun perlu ditegaskan keistimewaan konsep ini adalah ia tidak hanya bermanfaat kepada orang Islam semata-mata. Sebaliknya, ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama.
Sistem takaful juga menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memainkan peranan sebagai pendakwah yang berusaha mengembangkan produk muamalat Islam dengan menyertai dan menyokong sistem ini.
Ini kerana takaful adalah alternatif kepada sistem insurans konvensional sebagaimana yang disimpulkan oleh Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Islam Di Malaysia 1983.

Malah masyarakat juga berpeluang melakukan jihad menentang sistem jahiliah (sistem perlindungan konvensional) yang telah difatwakan haram menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1972.
Pada masa yang sama apabila menyertai sistem yang berteraskan sistem Islam ini sebenarnya ia memberi peluang untuk beribadat yang merupakan satu menifestasi pengabdian, kepatuhan dan ketundukan kepada perintah Allah yang memerintahkannya supaya melakukan makruf dan meninggalkan mungkar sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 25.

Kesimpulannya, sudah tiba masanya untuk kita melibatkan diri dan bekerjasama untuk memartabatkan sistem takaful ini.

Sokongan padu diperlukan dari semua pihak agar hasrat murni untuk memerdekakan umat manusia daripada terus berada di bawah cengkaman sistem yang bersifat duniawi semata-mata kepada sistem yang boleh membawa kesejahteraan duniawi dan ukhrawi.


Kini dengan adanya kemudahan kewangan Islam seperti perbankan dan takaful di pasaran yang ternyata lebih baik dan lebih menjamin kemaslahatan, maka ianya bukan lagi menjadi pilihan yang lebih baik malah, ia telah menjadi satu tuntutan atau kewajipan untuk memilih kemudahan kewangan Islam ini.

Sila berhubung dengan perunding kewangan Takaful anda:

Hj Badaruddin Bin Selamat
HP: 0129267377(Wakil Takaful Ikhlas)
Email: selamatbadaruddin48@gmail.com
Blog:http//:penerajukeimanan.blogspot.com

TAKAFUL BUKAN MELINDUNGI NYAWA

Takaful BukanMelindungi Nyawa!!


Kadangkala ada orang akan cakap insuran atau takaful penting untuk melindungi nyawa kita. Sebenarnya ayat ini kurang sesuai. Nyawa kita ni, bukan kita yang boleh lindungi, hanya Allah SWT  yang Maha Kuasa yang mampu melakukannya.

Justeru, Takaful bukan melindungi nyawa, bukan juga melindungi kesihatan anda. Apakah perkataan yang paling sesuai untuk kita kaitkan dengan Takaful?
Tahukah anda antara aset, nikmat, atau anugerah hebat yang Allah SWT berikan ialah kemampuan menjana pendapatan. Daripada pendapatanlah anda boleh menyediakan/mendapatkan makanan, pakaian, tempat tinggal, rekreasi, simpanan dan rawatan.  Daripada pendapatan juga anda nak membayar hutang. Bahkan untuk melakukan kebajikan pun anda perlu ada pendapatan.
Maka, amat penting bagi anda untuk melindungi pendapatan anda. Bagaimana caranya? Iaitu dengan menyertai takaful.

Contoh mudah, sekiranya gaji anda sekarang ialah RM3000. Sekiranya berlaku sesuatu kepada anda, bagaimana anda boleh pastikan pendapatan anda yang berjumlah RM3000 tidak akan hilang.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Perunding Kewangan Takaful anda:
Hj Badaruddin Bin Selamat
HP: 0129267377
Email: selamatbadaruddin48@gmail.com