Tuesday, December 18, 2012
Monday, December 17, 2012
CONTOHI DIET RASULULLAH SAW
CONTOHI DIET RASULULLAH
SAW
Kesempurnaan peribadi
Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok bandingnya dan menjadi ikutan
para muslim seluruh dunia. Antara amalan Rasulullah SAW termasuklah
cara beribadah, menjaga kebersihan diri, hidup berkeluarga termasuk diet
makanan cara baginda. Jika kita menitik beratkan diet yang
seimbang dan mengamalkan pemakanan yang sihat, tubuh akan terpelihara
daripada serangan penyakit. Hal ini penting kerana sebagai seorang muslim,
badan yang sihat akan memudahkan kita beribadat kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani demi memudahkan baginda untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.” Begitulah antara petua yang Rasulullah amalkan.
Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan amalangaya hidup mewah manusia masa kini yang
melebihkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam. Situasi
ini menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, strok, diabetes serta kanser.
Cara Diet Rasulullah
Susu dan kurma antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW
Antara lain diet cara Rasulullah SAW adalah makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana serta berkongsi makanan. Rasulullah SAW juga suka minum susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.
Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.
Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.
Selain itu, Rasulullah SAW tidak akan mengambil dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.
Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani demi memudahkan baginda untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.” Begitulah antara petua yang Rasulullah amalkan.
Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan amalan
Cara Diet Rasulullah
Susu dan kurma antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW
Antara lain diet cara Rasulullah SAW adalah makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana serta berkongsi makanan. Rasulullah SAW juga suka minum susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.
Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.
Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.
Selain itu, Rasulullah SAW tidak akan mengambil dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.
Rasulullah SAW juga melarang meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air (makruh) kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.
Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.
Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.
Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.
Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani seluruh umatnya. Namun begitu, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan. Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.
Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).
Dalam memastikan tubuh kita sihat, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang baik sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jika tubuh sihat, ibadah yang dilakukan sehari-hari akan terasa mudah untuk dilaksanakan. Apalagi, mari kita mulakan amalan yang baik ini kesihatan diri.
INTIPATI DIET RASULLAH SAW
- selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan
segelas air yang dicampur sesenduk madu asli.
- Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan
tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan.
- Rasulullah SAW tidak
akan mengambil dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan
dingin secara bersamaan.
- Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan
daging dalam satu waktu
- Baginda tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung
- Sayur-sayuran menjadi pilihan
Rasulullah SAW
- Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang
dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti.
- Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin
dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral
dan serat
Subscribe to:
Posts (Atom)