Tuesday, December 18, 2012

Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram

Najib perlu jelaskan RM196.8b aliran wang haram

Monday, December 17, 2012

CONTOHI DIET RASULULLAH SAW



CONTOHI DIET RASULULLAH SAW
Kesempurnaan peribadi Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok bandingnya dan menjadi ikutan para muslim seluruh  dunia.  Antara amalan Rasulullah SAW termasuklah cara  beribadah, menjaga kebersihan diri, hidup berkeluarga termasuk diet makanan cara baginda.  Jika kita menitik beratkan  diet yang  seimbang dan mengamalkan pemakanan yang sihat, tubuh akan terpelihara  daripada serangan penyakit. Hal ini penting kerana sebagai seorang muslim, badan yang sihat akan memudahkan kita beribadat kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani demi memudahkan baginda untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya.  Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”  Begitulah antara petua yang Rasulullah amalkan.

Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan amalan gaya hidup mewah manusia masa kini yang melebihkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam.  Situasi ini menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes serta kanser.

Cara Diet Rasulullah

Susu dan kurma antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW

Antara lain diet cara Rasulullah SAW adalah makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana serta  berkongsi makanan. Rasulullah SAW juga suka minum susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.

Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Selain itu, Rasulullah SAW tidak akan  mengambil  dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.




Ada hikmahnya tidak meniup air panas untuk diminum


Rasulullah SAW juga melarang meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air (makruh) kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani seluruh umatnya. Namun begitu, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan. Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Dalam memastikan tubuh kita sihat, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang baik sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.  Jika tubuh sihat, ibadah yang dilakukan sehari-hari akan terasa mudah untuk dilaksanakan.  Apalagi, mari kita mulakan amalan yang baik ini kesihatan diri.

INTIPATI DIET RASULLAH SAW

  1. selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli.
  2. Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan.
  3. Rasulullah SAW tidak akan  mengambil  dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan.
  4. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu
  5. Baginda tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung
  6. Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW
  7. Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti.
  8. Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat

Thursday, March 22, 2012

Himpunan Doa-Doa Makbul

1. Doa Agar Dapat Membayar Hutang

Ya Allah, Cukupkanlah dengan apa yang di halalkan oleh Engkau, jauhkanlah dari yang di haramkan oleh Engkau, layakkan aku dengan anugerah Engkau, jauhkanlah daripad mengharap -harap dari selain Engkau.

2. Doa Menghilangkan Penyakit pada diri sendiri

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (di baca 3 kali).

Aku berlindung dengan Allah dengan kemuliaanNya dan kuasaNya daripada kejahatan yang aku temui dan aku takuti.

3. Doa Supya di ambpuni Tuhan dari Segala kesalahan

Ya Allah! Ampunilah doasaku, kesalahanku, kebodohanku segala sesuatu yang melampaui batas dan segala yang Engkau lebih mengetahui daripada aku.



Himpunan Doa Dalam AlQuran

1.Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang
2.Segala  puji  tertentu bagi Allah  tuhan seru sekelian alam.
3.Yang memiliki hari pembalasan,
4.Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada engkau kami 
   mohon pertolongan.
5.Tunjukanlah kami jalan yang lurus,
6.Jalan orang-orang yang  telah engkau kurniakan nikmat  kepada mereka, 
7.bukan jalan  orang-orang yang telah di murkai keatas mereka dan 
   bukan jalan orang-orang yang sesat.

Surah Al Fatihah-ayat 1-7

Wahai tuhan kami , terimalah dari amalan kami, sesungguhnya engkaulah yang maha  mendengar lagi maha mengetahui.

Surah Albaqarah -ayat 128