Tuesday, April 1, 2014

APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKED TAKAFUL PLUS?




PENGENALAN

IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan berkaitan pelaburan bercaruman tunggal yang menyediakan peluang untuk memaksimakan pulangan pelaburan anda dan pada masa yang sama, menikmati perlindungan takaful. Anda boleh bermula dengan caruman tunggal sekali gus dan penambahan pelaburan pada bila–bila masa bagi merebut peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.


APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS CAPITAL 

INVESTMENT-LINKED TAKAFUL PLUS?

Manfaat Kematian Atau Keilatan Kekal Dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya Berlaku Kematian Atau Keilatan Kekal Dan Menyeluruh (TPD) Ke Atas Peserta, Yang Mana Lebih Awal, Dalam Tempoh Sijil, Yang Lebih Tinggi Dari Yang Berikut:

       1.      125% Dari Caruman Tunggal, Campur Caruman Tambahan, 
                 Tolak Pengeluaran Tunai, Atau

        2.       Nilai Aset Bersih Terkumpul (NAV) Unit

Hendaklah Dibayar Kepada Peserta (Sekiranya Berlaku TPD) Atau Waris Dekat Atau Penama (Sekiranya Berlaku
Kematian).

TPD Hanya Akan Melindungi Peserta Yang Berumur 65 Tahun Ke Bawah Dan Ia Adalah Berdasarkan Definisi “Pekerjaan Sendiri Atau Pekerjaan Yang Sesuai” Di Mana Manfaat Dibayar Tertakluk Kepada:
  1. Tuntutan Keilatan Kekal Menyeluruh Adalah Disahkan
  2. Caruman Tidak Terlewat
(Manfaat Ini Dijamin Oleh Dana Risiko)
Manfaat Matang
Jumlah Terkumpul Di Dalam Dana Unit (Selepas Ditolak Sebarang Caj) Akan Dibayar Kepada Anda Apabila Sijil Matang.
(Manfaat Ini Tidak Dijamin)
Manfaat Serahan
Apabila Sijil Anda Diserahkan, Anda Akan Menerima Jumlah Terkumpul Di Dalam Dana Unit Setelah Tolak Caj Serahan.
(Manfaat Ini Tidak Dijamin)

MENGAPA IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKED

TAKAFUL PLUS?

1. Pengeluaran Wang Tunai

Peserta boleh memohon pengeluaran sebahagian tunai pada bila-bila masa sebelum Sijil anda matang. Bagi setiap pengeluaran sebahagian tunai, jumlah perlindungan akan dikurangkan mengikut kadar tersebut.
Pengeluaran tunai tertakluk kepada jumlah pengeluaran minimum sebanyak RM 500 dan baki minimum di dalam Dana Unit sebanyak RM 5,000.

2. Caruman Tambahan

Caruman tambahan dibenarkan dari tarikh bermulanya Sijil, tertakluk pada jumlah minimum sebanyak RM 500.Caruman tambahan akan digunakan bagi membeli unit pelaburan tambahan.

KENAPA TAKAFUL IKHLAS?

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) adalah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad. Operasi perniagaan dan pengurusan kami adalah berlandaskan kepada prinsip Syariah. Kami memberikan keutamaan dalam memastikan kesemua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan kerana kami berpegang kepada falsafah kemudahan berurusan dengan semua rakan perniagaan kami terutamanyaPelanggan kami.

Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk hubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang Peserta (Prinsipal/Pelanggan). Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:


  • Tabarru bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta dan akan digunakan untuk membantu Peserta yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.
  • Wakalah bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta di mana Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah.
UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT PENYERTAAN, SILA HUBUNGI KAMI:

HJ. BADARUDDIN BIN SELAMAT-FG156265
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS,
HP: 0136109786
EMAIL: selamatbadaruddin48@gmail.com


Ibupejabat: 
Takaful Ikhlas Sdn Bhd-  (593075-U)
IKHLAS Point,
Tower 11A, Avenue 5,
Bangsar South,
No.8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur. 





16 Panduan Ringkas Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda



Si Optimis: 16 Panduan Ringkas Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda

Sikap anda melambangkan segala-galanya. Ia menunjukkan bagaimana anda melihat perkara-perkara di sekeliling anda, bagaimana anda menghadapi sesuatu situasi, dan bagaimana anda berfikir mengenai hidup ini. Perbezaan antara sikap yang positif dan negatif boleh dianggapkan sebagai perbezaan antara kehidupan yang positif dan yang negatif.

Panduan berikut adalah ringkas dan sangat efektif. Amalkannya hari ini dan lihatlah perbezaannya serta merta.

1. Bangun Awal!

Bangun awal dan berjalan-jalan pada waktu pagi adalah cara yang sangat baik untuk memulakan hari anda. Lima belas atau dua puluh minit sudah cukup untuk menikmati udara pagi yang segar.

2. Esok Adalah Hari Baru

Apabila perjalanan hidup anda menjadi sukar, ingatlah bahawa masa yang berlalu membawa bersama kesedihan anda. Mungkin agak sukar untuk anda bayangkan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik, tetapi yakinlah.

3. Kawal

Satu-satunya orang yang boleh memberi anda sikap yang baik ialah anda sendiri. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia boleh berlaku bila-bila sahaja yang anda mahu. Anda boleh bangun esok hari dengan azam dan semangat yang baru. Mengapa? Ini kerana sikap anda adalah di bawah kawalan anda sendiri. Anda tidak perlu minta izin dari sesiapa untuk mengubahnya.

4. Rakan-rakan

Anda mungkin cuba untuk bersikap positif, tetapi rakan-rakan dan teman sekerja anda pula mempunyai sikap negatif, lantas menyebabkan anda mula hilang keyakinan. Orang di sekeliling anda boleh mempengaruhi sikap anda. Jarang kita lihat seorang yang berfikiran positif berada di dalam kumpulan orang yang bersikap negatif. Sikap negatif boleh berjangkit, oleh itu pastikan anda jauhi situasi yang negatif.

5. Pemakanan yang sihat

Anda mungkin telah mendengar perkara ini beribu-ribu kali, tetapi dengarlah sekali lagi. Pemakanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan tenaga, kepekaan dan sikap yang positif. Tanpa sumber tenaga yang mencukupi, badan anda tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Jika anda berasa letih atau bersikap negatif, tanya diri anda, “Sudahkah saya makan hari ini?”

6. Tidur

Tidur yang cukup sama penting dengan pemakanan yang sihat. Ianya sangat jelas, tetapi masih ramai orang yang tidak cukup tidur pada waktu malam. Tanpa rehat yang cukup, badan dan minda menjadi letih, gusar dan tidak bermaya sepanjang hari. Kesan yang sama juga boleh berlaku jika anda terlebih tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam.

7. Hobi Sebagai Penyelamat

Adalah penting bagi anda mempunyai hobi atau aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan masalah atau hari yang panjang dan meletihkan. Bersukan, membaca, mengumpul barang-barang aktik dan sebagainya adalah cara yang baik untuk lari daripada kesibukan dan untuk berseronok.

8. Layan Orang Lain Dengan Baik

Memang benar, anda dapat apa yang anda berikan. Apabila anda melayan orang lain dengan positif dan hormat, anda juga akan menerima layanan yang sama. Alihkan tumpuan dari diri sendiri kepada orang lain dan jadikan semangat memberi sebagai alasan anda memperbaiki pandangan anda terhadap dunia ini.

9. Gambaran Yang Lebih Besar

Apabila anda melihat dunia ini secara keseluruhannya, kesukaran dan halangan yang berlaku dalam hidup anda kelihatan tidak seburuk yang anda fikirkan. Anda mungkin merasakan hidup anda sukar, tetapi ada lagi orang lain yang mempunyai nasib lebih teruk dari anda. Anda harus bersyukur dengan apa yang ada.

10. Cuba Sesuatu Yang Baru

Jika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda.


11. Bukti

Ada orang yang telah berjaya melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan, dan kerana itulah anda harus bersikap positif terhadap masa depan anda. Tidak kira apa yang ingin anda capai, ada orang yang telah berjaya melakukannya. Ini bermakna anda juga boleh melakukannya. Kita semua manusia, dan kita semua mempunyai 24 jam sehari. Jika mereka boleh melakukannya, anda juga boleh.

12. Berhenti

Jika hari anda bermula dengan teruk, carilah jalan untuk mengubahnya. Akui bahawa anda tidak gembira dan atasilah masalah yang dihadapi. Permulaan yang buruk boleh bertukar menjadi penghujung yang menggembirakan.

13. Anda Memerlukan Hari Yang Buruk

Tidak mengapa jika anda mempunyai hari yang buruk. Ada orang yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Mereka fikir satu hari yang buruk tidak boleh diterima, dan membuatkan situasi bertambah buruk. Setiap orang pasti akan menghadapi hari yang buruk. Apa yang penting ialah pastikan kita memperbaiki hari esok.

14. Tuliskan

Inginkan sikap positif? Terangkan sikap anda dalam bentuk tulisan. Rancangan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai jika anda tahu apa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan hanya mengetahui bahawa anda mahukan sikap yang lebih baik. Tulis dengan terperinci, rancangkan kerja anda, dan jalankan rancangan anda.

15. Bantuan

Sokongan rakan-rakan dan keluarga adalah penting untuk anda terus berada di jalan yang betul. Beritahu rakan-rakan anda mengenai keinginan anda mempunyai sikap yang lebih baik dan minta mereka beritahu anda apabila anda mula bersikap negatif. Anda mungkin tidak mahu mengaku bahawa anda mempunyai sikap negatif, tetapi rakan-rakan anda pasti akan memberitahu anda.

16. Jadi Si Optimis

Menjadi seorang yang optimis dapat membantu anda melihat hidup anda dari sudut yang positif. Apabila seorang rakan datang mengadu tentang masalahnya, ingatkan diri anda bahawa anda sedang cuba memperbaiki sikap anda dan cubalah sedaya upaya untuk memberikan nasihat yang positif. Tidak perlu banyak, tetapi ia hendaklah mempunyai unsur-unsur positif.

Gunakan panduan di atas, dan anda akan dapati diri anda berubah menjadi seorang optimis sebenar!

HJ BADARUDDIN BIN SELAMAT –FG156265
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS






DALIL ALQURAN DAN HADIS YANG MENGGALAKKAN PERSEDIAAN  DAN MEMBERI KESELAMATAN ORANG DI BAWAH TANGGUNGAN.
SURAH AL-BAQARAH, Ayat 240 Terjemahan :
 "Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) - makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI :
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"
HADITH RIWAYAT IBNU MAJAH :
 “Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:

Perunding Perancang Kewangan Dan Pengurusan Risiko anda:

HJ BADARUDDIN BIN SELAMAT,PJK
Takaful Ikhlas SDN. BHD.
HP:+60129267377
HP:+6013-6109786
Email: Selamatbadaruddin48@gmail.com





40 PENYAKIT KRITIKAL YANG DI LINDUNGI[CRITICAL ILLNESS RIDER]







40 PENYAKIT KRITIKAL YANG DI LINDUNGI
[CRITICAL ILLNESS RIDER]

1)      ANGIN AHMAR (STROK)
2)      SERANGAN SAKIT JANTUNG

3)      PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG
          MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
4)      LAIN LAIN PENYAKIT ARTERI KORONARI
          YANG SERIUS
5)      ARTHERECTOMY KORONARY
6)      PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
7)      PEMBEDAHAN AORTA
8)      KOMA

9)      TEKANAN DARAH TINGGI ARTERI
          PULMONARI PRIMER
10)    KETUMBUHAN BENIGNA OTAK

11)    RADANG OTAK (ENCEPHALITIS)
12)    MENINGITIS BAKTERIA
        (radang pada membran otak & saraf tunjang
        akibat serangan bakteria)
13)    KEROSAKAN BUAH PINGGANG
14)    PENYAKIT SISTA MEDULLA

15)    LUPUS ERYTHEMATOSUS (SLE) DENGAN
          LUPUS NEPHRITIS
16)    PENYAKIT HATI YANG KRONIK
17)    RADANG HATI FULMINANT akibat serangan virus
18)    PENYAKIT PARU-PARU KRONIK
19)    PEMINDAHAN ORGAN UTAMA

20)    KANSER

21)    ANEMIA APLASTIK
22)    PENYAKIT MOTOR NEURON
23)    PENYAKIT PARKINSON

24)    PENYAKIT ALZHEIMER/IRREVERSIBLE
          ORGANIC DEGENARTIV DISORDER
25)    SINDROM APALLIC
26)    MUSCULAR DYSTROPHY
27)    MULTIPLE SCIEROSIS
28)    POLIOMYELITIS
29)    AIDS akibat pemindahan darah

30)    PENYAKIT TERMINAL

31)    HILANG UPAYA PENGLIHATAN / BUTA
32)    KELECURAN UTAMA
33)    HILANG UPAYA PERTUTURAN / BISU
34)    HILANG UPAYA PENDENGARAN / PEKAK
35)    HILANG UPAYA PERGERAKAN BEBAS
36)    LUMPUH / PARAPLEGIA
37)    TRAUMA KEPALA UTAMA
38)    CARDIOMYOPATHY
39)    PEMBEDAHAN OTAK

40)    MANFAAT KEILATAN KEKAL DAN MENYELURUH

MASAALAH UNTUK MENYELSAIKAN BIL-BIL RAWATAN YANG SEMANKIN MENINGKAT
        bil rawatan sangat tinggi,
—        bil perubatan berterusan sekiranya masih hidup,
—        tiada lagi pendapatan tetap kerana tidak berupaya bekerja
—        tidak dapat memberi nafkah keluarga malah menjadi beban kepada mereka
—        dan banyak lagi…..

DAPATKAN "CHOICE PLUS MEDICAL CARD TAKAFUL IKHLAS- KAD YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN  TERBAIK UNTUK ANDA DAN AHLI KELUARGA ANDA- SIMPANAN+PELABURAN+PERLINDUNGAN DAN RAWATAN  HOSPITAL PAKAR" DENGAN SUMBANGAN BERKALA YANG MAMPU ANDA LAKUKAN. BERTINDAK SEKARANG !!!!!

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PERUNDING
TAKAFU L TERDEKAT ANDA:
TAKAFUL IKHLAS SDN BHD.
HJ BADARUDDIN BIN SELAMAT (FG156265)
HP: 0136109786/0129267377
EMAIL: selamatbadaruddin48@gmail.com






3 Sebab Kenapa Skim Takaful Penting Kepada Anda


 







3 Sebab Kenapa Skim Takaful 


Penting Kepada Anda

Skim Takaful bukan seperti mana yang anda fikirkan, bukan sekadar seorang agent mengetuk pintu rumah anda untuk menjual polisi bagi melindungi anda daripada sebab kemalangan sahaja.

Skim Takaful adalah lebih daripada itu, ianya memberi jaminan perlindungan apabila kita meninggal dunia dengan manfaat Khairat dibayar pada waris kita.

Tetapi berapa ramaikah diantara kita sudah mendapatkan perlindungan ini? Rata-rata yang kita lihat, masih ramai lagi diantara kita yang tiada perlindungan Takaful. Apakah sebabnya?

1) Tiada pengetahuan langsung.. apa itu Takaful.. Dan

2) Mereka rasakan Takaful itu tidak perlu .. dan melihat ianya sebagai bebanan bayaran tambahan yang perlu dikeluarkan..selain dari bil-bil yang telah sedia ada..

Adakah mereka tahu bahawa jika mereka bermula lebih awal… semasa muda.. mereka mendapat lebih manfaat perlindungan berbanding semasa mereka sudah tua kelak..

Berikut adalah alasan kenapa kita 


memerlukan Takaful;

Alasan 1

Adakah kita mempunyai berbagai-bagai bil atau bayaran hutang yang perlu di lunaskan pada setiap bulan?? Ini adalah alasan besar kenapa kita memerlukan Takaful supaya segala bayaran bil dan hutang tadi terbayar andainya kita telah tiada.. dan waris kita tidak dibebani lagi oleh hutang kita.


Alasan 2

Anda muda, gagah dan sihat sekarang? Tiada berpenyakit? Jadi inilah masa yang terbaik untuk mendapatkan Takaful. Bayaran sumbangan anda adalah kecil bermula dari sekarang hingga anda berumur 79 tahun.. dan ianya adalah sebagai simpanan persaraan anda nanti.. lagi awal anda bermula takaful adalah lebih bagus… kerana anda tidak perlu risau lagi jika anda mendapat penyakit yang serious akan datang .., kerana anda telah dilindungi Takaful… Orang yang sudah berpenyakit memang tiada sebarang syarikat insuran atau takaful yang akan menerimanya. Kata orang.. ambillah pelan Takaful sekarang… semasa ia menerima kita, jangan sampai semua syarikat takaful dan insuran sudah tidak menerima kita apabila kita telah menghidap penyakit.. ketika itu kita akan menyesal kelak….

Alasan 3

Adakah anda berkahwin? Adakah anda sayang isteri anda? Jadi.. perlukah anda tinggalkan isteri dan anak-anak anda dengan kesusahan setelah ketiadaan anda? Bayangkan jika kita tiada perlindungan Takaful, ditakdirkan kita mengidap kanser 6 bulan akan datang… dan meninggal selepas 18 bulan kemudian. Kita terpaksa tinggalkan isteri dan 2 orang anak kita meneruskan hidup mereka dengan ketiadaan sumber kewangan… bagaimanakah mereka hendak menyara hidup mereka? Membayar bil-bil dan hutang peninggalan kita… Inikah yang patut kita tinggalkan untuk mereka? Cuba fakir-fikirkan….

Banyak lagi alasan-alasan lain kenapa kita perlukan Perlindungan Takaful…

Di bawah ini dinyatakan secara ringkas mengenai manfaat dari Pelan TAKAFUL  IKHLAS

SIMPANAN TAKAFUL INVESMENT LINK PREMIER + MEDICAL CARD CHOICE PLUS+

*illustrasi di bawah adalah berdasarkan kiraan simpanan RM dari RM 150 sebulan untuk peserta berumur 30 tahun, lelaki dan dengan kadar keuntungan 6% setahun

Anda akan mendapat Manfaat-Manfaat berikut:

MANFAAT PERLINDUNGAN KEWANGAN KELUARGA &

 PENGGANTIAN PENDAPATAN
Akibat Kematian & hilang upaya kekal menyeluruh - RM 60,000

KHAIRAT KEMATIAN
Dana Pengurusan Jenazah - RM 2,000

MANFAAT HARIAN HOSPITAL
Elaun Mengikut Jumlah Hari - RM 100 sehari

HAD TAHUNAN KAD PERUBATAN
Pelan 1- RM 50,000.00

HAD SEUMUR HIDUP KAD PERUBATAN
Pelan J- RM 200,000.00

TABUNGAN / SIMPANAN
Serahan / Tempoh 25 tahun - RM 37,033.00

PENGECUALIAN SUMBANGAN
Akibat Lumpuh Kekal/ditimpa 40 jenis Penyakit Kritikal

PELEPASAN CUKAI/BERAMAL JARIAH
Pelepasan Cukai Maksimum - RM 6,000
Konsep Tabarru' (derma) 




UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PERUNDING


TAKAFU L TERDEKAT ANDA:
TAKAFUL IKHLAS SDN BHD.
HJ BADARUDDIN BIN SELAMAT (FG156265)
HP: 0136109786/0129267377

EMAIL: selamatbadaruddin48@gmail.com


Tuesday, August 13, 2013

Produk Takaful Ikhlas-IKHLAS SAVING TAKAFUL -TERBAIK UNTUK ANDA


IKHLAS  SAVINGS TAKAFUL   Produk IST


" HIDUP , PENUH DENGAN KETIDAKTENTUAN,
  JADI, RANCANGLAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN  
  BIJAK DALAM SUASANA YANG TIDAK MENENTU "

Pengenalan
IKHLAS  SAVINGS TAKAFUL merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menyertakan keuntungan yang akan diagihkan kepada para peserta. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada peserta.

Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful?

Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL:

•Tahap perlindungan bertempoh
• Akaun Pelaburan


IKHLAS SAVINGS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :
MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH
Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.

Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.


MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.


JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.



Mengapa IKHLAS Saving Takaful?
PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.


PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.


PILIHAN RIDER TAMBAHAN
Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.


PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta.



(sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).
Hj Badaruddin Bin Selamat HP:0129267377 
Email: selamatbadaruddin48@gmail.com

Blog: http//:penerajukeimanan.blogspot.com

ADAKAH ANDA BERSEDIA? MARILAH KITA MENGUKUHKAN EKONOMI MELALUI TAKAFUL IKHLAS


ADAKAH ANDA BERSEDIA?

3 perangkap besar dalam hidup:

1.Ajal di usia muda
Masalah:  -     
hutang tertunggak jadi bebanan orang lain sumber pendapatan utama keluarga kini terjejas masa depan anak-anak juga mungkin terjejas keluarga terpaksa bertungkus-lumus meneruskan kehidupan dan banyak lagi…..

2.Penyakit kritikal / hilang upaya kekal
Masalah:  -      
bil rawatan sangat tinggi,
bil perubatan berterusan sekiranya masih hidup,
tiada lagi pendapatan tetap kerana tidak berupaya bekerja
tidak dapat memberi nafkah keluarga malah menjadi beban kepada mereka
dan banyak lagi…..

3. Hidup terlalu lama
Masalah:  -      
Wang simpanan persaraan tidak mencukupi
Kos kehidupan semakin tinggi
tiada lagi pendapatan selepas bersara
kurang keupayaan bekerja semula
belanja perubatan semakin diperlukan
sakit semakin mendatang dan memerlukan wang
dan banyak lagi…..
Tiada sesiapa yang dapat menolak takdir , tetapi kita sentiasa mampu  bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

KAEDAH PENYELESAIAN
Pelan Takaful Keluarga dari Takaful Ikhlas
Ciri-ciri:



  1. Pelan 4 dalam 1 (perlindungan takaful + kad perubatan + pelaburan+ Simpanan ) atau Milennium Takaful.
  2. Pelan lengkap untuk menyelesaikan sebahagian besar masalah di atas.
  3. sumbangan serendah RM 1.70 sehari bagi kanak kanak atau RM3.33 sehari bagi dewasa
  4. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang insuran/takaful,

SILA HUBUNGI PERUNDING KEWANGAN ANDA UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

HJ BADARUDDIN BIN SELAMAT , PJK
HP: +0136109786

Blog : http//:penerajukeimanan.blogspot.com